“Daerah Semporna sebagai kadar pengangguran tertinggi di Malaysia” adalah tidak benar



Penyebaran maklumat palsu berkaitan dengan semporna merupakan kadar pengangguran tertinggi yang di muat naik oleh page sabah info adalah jelas tidak benar.

Mengikut Laporan Perangkaan Malaysia (DOSM) Melalui Mycensus2020, Parlimen Kinabatangan dan Nabawan masing-masing merupakan daerah yang mencatatkan kadar pengangguran tertinggi pada tahun 2020 iaitu sebanyak 9.9% seperti yang berikut ;

Sumber : Mycensus2020

Dan untuk pengetahuan admin, data mykawasanku perlu dirujuk semula dengan data mycensus2020. Penyebaran Maklumat yang tidak tepat berkenaan parlimen Semporna yang dikatakan memiliki kadar pengangguran tertinggi di Malaysia adalah jelas tidak benar dan tidak tepat.

Sumber : mykawasanku

Oleh itu, ditegaskan semula indikator yang digunakan admin, perlu diguna secara berhati-hati memandangkan terdapat kemungkinan ralat yang tinggi seperti mana yang telah pun dinyatakan di website mykawasanku.

Jika kita lihat dari sudut politik 60 tahun Sabah bersama-sama membentuk Malaysia dan berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional, namun Sabah masih kekal dan ‘berlumba- lumba menjuarai kadar pengangguran yang tertinggi dan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia. Hal ini, disebabkan isu infrastruktur asas telah lama diabaikan terutamanya, isu jalan raya, permasalahan air, bekalan elektrik dan banyak lagi.

Oleh itu, rakyat Sabah perlu bersatu hati untuk mengubah nasib anak- anak Sabah dengan tekad dan azam yang lebih tinggi bersama-sama dengan pimpinan dan parti tempatan agar tidak lagi menjadi buah catur pemain-pemain politik daripada Malaya.

cukup-cukuplah… Rakyat Sabah Wajib Bangkit!!!

Disediakan oleh:
Benny Chiu
Ketua Penerangan Wira Warisan
P.189 Semporna.